PRELOVED: BOTTLE WTH NIPPLE FOR SALE

Friday, March 26, 2010
0 comments
Ni adalah antara botol yg saya beli untuk train my asyraf minum susuibu dlm botol. tapi semua tak sesuai dan asyraf tak nk lansung minum dlm botol2 ni.. Hanya digunakan 1-3 kali.. LOOKS NEW.. bleh baca kisah nya di sini

MAM: UltiVent Anti-Colic Bottle (160ml) PINK with nipple (S)
Harga di pasaran RM33.50 HARGA QASEH RM25.00 (without box)


MAM: UltiVent Anti-Colic Bottle (160ml) BLUE with nipple (S)
Harga di pasaran RM33.50 HARGA QASEH RM25.00 (without box)



Tommee Tippee: Closer to Nature PP Bottle 5oz/150ml - BPA Free WITH Closer to Nature easi-vent teat (S)
Harga di pasaran RM29.90 HARGA QASEH RM20.00 (without box)


PIGEON WIDE-NECK BOTTLE 5oz/150ml with PERISTALTIC NIPPLE (S)
Harga di pasaran RM28.00 HARGA QASEH RM20.00 (without box)

NUK 2 silicone teats for wide-neck bottle
1 teats only used once n another never bean use..
Harga di pasaran RM22.90 HARGA QASEH RM17.00 (with pack cover)
Read more »

Publisiti Babywearing: in News.. Berita Harian

Tuesday, March 9, 2010
0 comments
Semalam ada publisiti pasal babywearing di News paper Berita Harian. bes sgt..


saya copy artikel ni drp Blog Aishah

Dakapan erat kunci keakraban si kecil dan ibu bapa

MELIHAT kelibat ibu moden menggendong bayi menggunakan sehelai kain yang diikat secara manual bagaikan fenomena baru di kalangan ibu bapa generasi moden. Ia mengingatkan kembali kepada teknik lama yang masih digunakan secara meluas di kawasan pedalaman.

Namun, kaedah menggendong bayi atau babywearing memberi banyak kelebihan sehingga mendorong lebih ramai wanita bekerjaya melakukannya.

Pegawai Perhubungan Awam Malaysian Babywearers, Adriana Thani, berkata kaedah babywearing atau mengendong bayi mempunyai banyak kelebihan antaranya kebaikan dari sudut fisiologi di mana bayi yang digendong terbukti tidur dengan lebih senang dan kurang kerap menangis.

"Pakar kanak-kanak juga menyarankan kaedah ini kepada bayi pramatang, juga bayi yang memerlukan perhatian khas kerana kajian mendapati bayi yang selalu disentuh serta dibelai menunjukkan tumbesaran lebih cepat dan lebih sihat.

"Selain itu, kaedah mengendong bayi juga dapat menguatkan keakraban antara si pemakai dan si bayi kerana apabila si bayi dibelai rapat pada badan ibu, bayi dapat membiasakan dirinya dengan pergerakan pemakai," katanya.

Kata Adriana, ibu bapa yang kerap mengendong bayi sedar akan kebolehan untuk mengenal pasti perilaku bayi mereka dengan lebih pantas selain dapat mengeratkan lagi komunikasi di antara ibu dan anak malah kehendak bayi dapat dipenuhi dengan lebih cepat.

Tambah ibu muda kepada dua cahaya mata itu, babywearing memberi peluang kepada pemakai untuk melakukan kerja lain seperti mengemas rumah, membeli barangan keperluan sambil mendakap bayi mereka.

Di Malaysia, ada pelbagai kelengkapan babywearing yang ada dalam pasaran adalah pouch, ring sling, mei tai, soft-structured carrier (SSC) dan wrap.

Setiap jenama yang wujud untuk jenis pengendong sesuai untuk kegunaan berdasarkan lingkungan berat dan usia tertentu. Justeru, pengguna disarankan membuat kajian terlebih dulu untuk mengetahui jenis dan jenama pengendong yang paling sesuai untuk kegunaannya.

"Sebenarnya, kebanyakan kaedah atau alat babywearing wujud ketika ini sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir mahupun kanak-kanak yang sudah besar, perbezaannya hanya terletak kepada kelainan posisi yang digunakan dalam penggunaan pengendong itu.

"Bayi baru lahir misalnya boleh dipakai dalam pouch atau dalam posisi cradle carry. Kanak-kanak berumur tiga tahun juga boleh dipakai dalam pouch, cuma dia lebih sesuai dipakai dalam posisi hip carry .

"Jadi, sekali lagi saya tekankan, seorang pemakai perlu membuat kajian tersendiri bagi mengetahui apakah jenis pengendong sesuai untuk dirinya dan bayi," jelasnya.

Melihatkan betapa mudahnya Adriana menggendong bayinya yang berusia setahun, mungkin ini adalah jawapannya kepada ibu bapa yang gemar membawa anak kecil mengembara atau ke kawasan sibuk.

Kata Adriana, babywearing dan kereta tolak bukan perkara berlawanan kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri dan wujud sebagai teknik keibubapaab yang saling melengkap.

"Bagaimanapun, kekurangan kereta tolak bayi adalah apabila ibu bapa aktif zaman sekarang perlu ke tempat yang tiada kemudahan penggunaan kerata tolak bayi, pusat beli-belah dan juga lapangan terbang yang sesak sehingga membataskan pergerakan," katanya.

Bagi ibu bapa yang berhasrat mencuba kaedah ini buat pertama kali, Adriana berkata, cara terbaik ialah memastikan kedudukan bayi yang baru lahir sangat penting bagi memastikan si kecil boleh bernafas dengan mudah.

"Pastikan dagu bayi tidak terkena dadanya kerana ia boleh menyebabkan ia sukar untuk bernafas. Selain daripada itu, pemakai harus memastikan bayi terletak dalam posisi duduk jika menggunakan tummy-to-tummy carry, hip carry atau back carry," katanya.

Panduan mudah untuk mengetahui sama ada kaedah yang digunakan betul adalah dengan memastikan bayi berada dalam kedudukan optimum iaitu punggungnya terletak lebih rendah dari lututnya.

"Ini menandakan bahawa bayi sudah terletak dengan selesa dan selamat dalam alat gendongannya, manakala untuk bayi yang lebih besar, si pemakai mesti peka terhadap alam sekitar.

"Pastikan tiada unsur merbahaya seperti barangan tajam atau panas di kawasan sekeliling di mana bayi boleh mencapainya dan apabila di kedai, pastikan bayi tidak terambil barangan tanpa membayar kerana tidak pasal-pasal ibu bapanya pula kena tanggung malu. Anda perlu berhati-hati kerana saya sudah pun melaluinya," katanya tersenyum.

Gambar ni diambil drp Aishah n FB cik leen. Aishah snap sendiri n leen scan dari Berita Harian sebab tiada dalam Berita Harian online.


ada juga demo pakai Mei Tai.. sonang jo..



Model dan jurucakap adalah Adriana Thani (very hot mama with kind heart..sila terjah blog beliau.. lots of tips n parenting skill) bersama 2nd son Afraz Alman.. both of them looks so cute n glam.. bleh tgk jugak di FB Jumpsac

so apa lg kalian pada siapa yg ada ank kecil yg mahu dikendong.. sila dptkan satu babywearing carrier..Jumpsac.. bleh order dari saya juga.. huhuhu..

Qaseh...
alin arman
Read more »
Powered by Blogger.
 

SAYA ...

My photo
Bonda kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Full time working mom. The emcee and ghost writer. Breastfeeding, part time cloth diapering, babywearing and co-sleeping. Qaseh pada Alam, Qaseh pada Haiwan dan Qaseh pada Keamanan apalagi sesama manusia.. jom mendaftar sebagai Penderma Organ :)

My Personnal Blog

Followers

Malaysian Babywearers


 

© 2010 Qaseh Alam