Herba Mandian Aura di Sinar Harian

Monday, June 4, 2012




Wahhh.. Pengasas mandian Herba Aura, yang juga sahabat baik saya PuanSiti Fadelah Md Tajuddin featured dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 26 November 2011. Saya panggil beliau Elah saja.. Dia ni memang suka berniaga sejak zaman belajar di Uitm Shah Alam lagi.. dan memang gigih berusaha.
Syabas Elah.. glamer you! chiyo! fighting! Aja-aja ^-^

Di sini saya copy kan kandungan artikel mengenai Herba Mandian Aura yang telah dipaparkan di akhbar Sinar Harian tersebut. Anda boleh juga melayari Sinar Harian Online untuk membacanya terus.

Kesukaran yang dilalui wanita selepas bersalin dahulu kala tidak perlu lagi dilalui ibu-ibu moden kini kerana pelbagai barangan penjagaan diri dan kesihatan untuk ibu dan bayi mudah didapati di pasaran dengan pelbagai jenama.

Melihat kepada prospek perniagaan ini, Siti Fazelah Md Tadjudin, pengeluar dan pengedar produk Herba Mandian Aura yang dipasarkan menerusi syarikat Aura Inner Marketing tidak melepaskan peluang.

Siti Fazelah berkata, produk Herba Mandian Aura keluaran syarikatnya dirumus khas untuk wanita selepas melahirkan anak sebagai salah satu rawatan mengembalikan semula kecerdasan badan.

“Produk ini memang dibuat khas untuk ibu selepas bersalin, namun wanita dan lelaki yang mengalami sakit urat juga boleh berkongsi kebaikannya kerana khasiat produk ini sama seperti kelebi­han yang diperoleh daripada mandi sauna,” katanya kepada Sinar Harian.

Wanita berusia 32 tahun ini berkata, permintaan terhadap produk ini sentiasa menunjukkan peningkatan positif sejak ia mula dipasarkan pada 2007.

Katanya, sehingga kini, syarikat berjaya menjual sehingga 500 kotak sebulan pada harga RM30 sekotak.

Siti Fazelah berkata, melihat kepada sambutan positif diterima daripada pelanggan, syarikat kini optimis menyasarkan penjualan sehingga 1,000 kotak sebulan menjelang awal tahun depan.


*******************************************




Terima Qaseh,


Alynn Fazz

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 

SAYA ...

My photo
Bonda kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Full time working mom. The emcee and ghost writer. Breastfeeding, part time cloth diapering, babywearing and co-sleeping. Qaseh pada Alam, Qaseh pada Haiwan dan Qaseh pada Keamanan apalagi sesama manusia.. jom mendaftar sebagai Penderma Organ :)

My Personnal Blog

Followers

Malaysian Babywearers


 

© 2010 Qaseh Alam